Dasar Privasi

ICM tidak mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga kecuali jika diminta oleh undang-undang atau oleh pelanggan secara langsung. Kami komited untuk memastikan bahawa maklumat peribadi pelanggan kami tetap terjamin kerana kami berpendapat bahawa melindungi maklumat sulit merupakan bahagian penting dalam hubungan kami dengan pelanggan.

Segala maklumat peribadi yang dikumpulkan mengenai pelanggan seperti nama, alamat, tarikh lahir dan maklumat butiran akan disimpan oleh ICM dengan ketat bagi tujuan perniagaan. Maklumat lain seperti urus niaga pelanggan, salinan pasport dan bukti alamat akan tetap dirahsiakan dan hanya dikongsi di antara perkhidmatan akaun kami dan jabatan pematuhan. ICM juga boleh bertanya mengenai kelayakan kredit pelanggan, yang juga akan dirahsiakan dalam fail pelanggan kami. Maklumat tersebut boleh disimpan sama ada secara fizikal atau elektronik dengan prosedur akses yang ketat.

ICM boleh berkongsi maklumat pelanggan dengan jabatan dalaman atau pejabat gabungan yang menjalankan fungsi pemasaran, back-office dan perkhidmatan pelanggan untuk menjalankan operasi perniagaan yang normal. Walau bagaimanapun, maklumat pelanggan perlu dirahsiakan kerana setiap pekerja di ICM telah menandatangani Perjanjian Kerahsiaan dalam hal ini.

Sebarang soalan atau maklumat tambahan mengenai dasar privasi kami boleh ditujukan ke Jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami di support@icm.com.

CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
Baca selanjutnya
E-mel Hubungi Chat Whatsapp