Untuk memastikan semua pelanggan dan pihak ketiga yang bekerja dengan ICM mendapat perlindungan yang mereka perlukan, ICM telah menyediakan Program Insurans Liabiliti Sivil percuma bernilai sehingga £5 juta.
Bagaimana program ini melindungi pelaburan saya?
Program Insurans Liabiliti Sivil kami dapat memberikan pampasan di bawah tuntutan kerugian kewangan yang dibuat terhadap ICM akibat kesalahan, peninggalan, kecuaian, penipuan, atau kegagalan untuk melakukan aktiviti atau perkhidmatan kami dengan nilai sehingga £5 juta (ini berlaku untuk sebarang kerugian dan secara keseluruhan termasuk kos dan perbelanjaan pembelaan sah). Program ini ditaja jamin oleh Lloyd's of London.
Skim ini tersedia untuk semua pemegang akaun Live dan ia adalah percuma, tanpa kos tambahan yang ditanggung oleh pelanggan kami.
Mengenai Lloyd's of London.
ICM kekal menjadi salah satu daripada beberapa broker yang memberi pelanggan dan pihak ketiga akses kepada skim perlindungan yang diperkembangkan dan dipanjangkan. Kami dapat melakukannya oleh kerana hubungan lama kami dengan Lloyd's of London, yang diiktiraf sebagai salah satu organisasi insurans pakar terbesar di dunia. Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan pada tahun 1686, mereka disokong oleh modal global yang besar dan secara konsisten mencapai penilaian sijil kewangan yang tertinggi.
Mengapa berdagang dengan ICM Capital?
ICM Capital adalah broker terkawal UK yang terkemuka, menyediakan penyelesaian perdagangan pertukaran matawang asing dalam talian (Forex) dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) kepada pelabur di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia. Berpengkalan di London, dan dengan mempunyai rangkaian pasukan aktif yang tersebar di seluruh dunia, tujuan kami adalah untuk memastikan persekitaran perdagangan dalam talian yang selamat dan sokongan menyeluruh kepada semua pelanggan kami. Semua broker ICM menggunakan MetaTrader 4 (MT4), platform perdagangan dalam talian yang selamat yang menyediakan akses lengkap ke pelbagai produk pelaburan termasuk matawang, saham, indeks dan komoditi (emas, perak dan minyak).