Sekiranya anda ingin menyertai promosi Bonus 10% untuk Bonus Tunai Berterusan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini serta syarat umum yang diaplikasikan kepada akaun anda.
Deposit | 10% Bonus Kredit | Lot untuk diperdagangkan | Ganjaran tunai |
---|---|---|---|
2,000 USD | 200 USD | 40 | 200 USD |
3,000 USD | 300 USD | 60 | 300 USD |
4,000 USD | 400 USD | 80 | 400 USD |
5,000 USD | 500 USD | 100 | 500 USD |
10,000 USD | 1,000 USD | 200 | 1,000 USD |
10,000 USD dan ke atas | 1,000 USD | 200 | 1,000 USD |
Formula: Bonus kredit/5 = lot untuk diperdagangkan
Kelewatan Komunikasi
ICM Capital tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan penerimaan atau penghantaran pesanan disebabkan kerosakan atau kegagalan kemudahan penghantaran atau komunikasi, atau atas sebab lain di luar kawalan atau jangkaan mereka yang munasabah.
Pelucutan Hak
Dalam kes-kes yang tidak bertanggungjawab dalam perdagangan, leverage yang melampau, penyalahgunaan pesanan di mana "scalping" atau "sniping" atau "hedging" mungkin terlibat, transaksi tersebut tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap sebagai aktiviti haram dan berkemungkinan akan dikeluarkan daripada akaun peserta. ICM Capital berhak untuk mendiskualifikasi mana-mana peserta atau membatalkan perdagangan yang didapati melanggar peraturan perdagangan atau menerapkan strategi perdagangan yang tidak sesuai. Scalping didefinisikan sebagai perdagangan yang dibuka dan ditutup dalam jangka waktu yang sangat singkat. Hedging bermaksud pelanggan terlalu banyak mendedahkan akaunnya dengan perdagangan yang berlawanan kepada perdagangan yang ada dengan jumlah perdagangan yang sama dengan ICM Capital atau syarikat lain untuk mendapatkan keuntungan dari terma perjanjian.
Penangguhan atau Pembatalan
ICM Capital mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk memperpanjang atau menangguhkan tempoh promosi, untuk membatalkan promosi dan/atau menolak permohonan mana-mana peserta sekiranya ditentukan bahawa tindakan tersebut wajar dan/atau diperlukan.
Bonus kredit akan dilucutkan dan dikeluarkan dari akaun dalam keadaan berikut:
Jika ekuiti jatuh di bawah 0% bonus kredit akan digunakan untuk menyesuaikan baki menjadi sifar.
margin
Syarat Promosi
ICM Capital berhak untuk mengubah atau mengetepikan peraturan semasa dan selepas promosi ini. Kami mungkin akan membuat perubahan kepada Terma dan Syarat dan akan memberitahu anda mengenai perubahan ini dengan menyiarkan syarat yang diubah pada laman web ICM Capital.
CFD dan Spot FX adalah produk berunsur leverage. Berdagang CFD atau Spot FX membawa risiko tinggi terhadap modal anda dan boleh mengakibatkan kerugian melebihi amaun yang didepositkan. Anda tidak boleh terlibat dalam bentuk pelaburan ini melainkan anda memahami sifat urus niaga yang akan dilakukan dan sejauh mana pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Untung dan rugi anda akan berbeza-beza mengikut sejauh mana turun naiknya harga pasaran yang mendasari perdagangan tersebut.
Sila klik di sini untuk terma dan syarat perdagangan penuh.
Terma dan syarat ini bertarikh 4 September 2016.