Bonus 10% "Kredit kepada Tunai" Berterusan

Bonus 10% "Kredit kepada Tunai" Berterusan

Promosi ini tidak tersedia untuk pelanggan ICM Capital Limited UK atau ICM Eropah. Promosi ini hanya tersedia untuk pelanggan yang membuka akaun Live bersama ICM Capital Limited (MU) dan ICM Capital Limited (VC). Promosi ini hanya tersedia pada platform MT4 sahaja.

Untuk mengambil bahagian dalam Promosi Bonus 10% "Kredit kepada Tunai" Berterusan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini serta syarat umum yang terpakai bagi akaun anda.

Deposit 10% BONUS KREDIT LOT UNTUK DIPERDAGANGKAN GANJARAN TUNAI
USD 1,000  USD 100 20  USD 100
USD 2,000  USD 200 40  USD 200
USD 3,000  USD 300 60  USD 300
USD 4,000  USD 400 80  USD 400
USD 5,000  USD 500 100  USD 500
USD 10,000  USD 1,000 200  USD 1,000
USD 10,000 dan ke atas  USD 1,000 200  USD 1,000


Formula: Bonus kredit / 5 = lot untuk diperdagangkan

Terma dan Syarat

  1. Bonus kredit sebanyak 10% akan dikeluarkan pada setiap deposit baru yang melebihi 1,000 USD.
  2. Bonus kredit sebanyak 10% akan dimasukkan ke dalam akaun Live pelanggan dalam tempoh 2 hari bekerja setelah pelanggan mendepositkan wang.
  3. Bonus kredit sebanyak 10% hanya untuk tujuan perdagangan sehingga sejumlah lot yang ditetapkan telah diperdagangkan; selepas itu bonus kredit boleh ditukarkan kepada wang tunai.
  4. Untuk setiap deposit baru melebihi 1,000 USD yang dibuat, bonus baru boleh diterima selagi jumlah bonus tidak melebihi 1,000 USD bonus pada setiap akaun.
  5. Pelanggan boleh mengeluarkan dana daripada akaun mereka tetapi ini boleh mengakibatkan pengurangan bonus kredit sebanyak 10% daripada jumlah pengeluaran.
  6. Sekiranya pelanggan menyimpan lebih daripada 10,000 USD, mereka akan dapat mengekalkan bonus 1,000 USD selagi lebih daripada 10,000 USD disimpan di dalam akaun. Contoh: Pelanggan mendepositkan 10,000 USD dan menerima bonus 1,000 USD, mereka kemudian mendepositkan 5,000 USD lagi ke dalam akaun yang sama (mereka tidak menerima apa-apa kerana bonus maksimum yang dapat mereka terima dalam satu akaun adalah 1,000 USD). Pelanggan kemudian mengeluarkan 5,000 USD; mereka akan masih mempunyai bonus 1,000 USD kerana deposit asal atau minimum 10,000 USD masih berada di dalam akaun.
  7. Bonus akan ditukar kepada wang tunai setelah jumlah lot yang diperlukan mengikut formula berikut "Bonus kredit / 5 = lot untuk diperdagangkan", telah diperdagangkan.
  8. Jumlah maksimum wang tunai sebanyak 1,000 USD boleh dikeluarkan pada setiap akaun setiap kali jumlah lot tetap telah dicapai.
  9. Lot yang diperdagangkan akan dikira pada akhir setiap bulan. Sebarang ganjaran tunai yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam akaun Live pelanggan dalam 2 hari bekerja setelah hujung bulan.
  10. Semua perdagangan yang ditutup dalam tempoh kurang daripada 7 minit atau ditutup oleh fungsi "tutup pada" atau "tutup semua" akan dikecualikan dari pengiraan Volum.
  11. Sekiranya pelanggan memperdagangkan jumlah lot yang diperlukan untuk menukar bonus kreditnya kepada ganjaran tunai, tetapi pelanggan mengeluarkan dana daripada akaun mereka sebelum ganjaran tunai didepositkan ke dalam akaun mereka, ini akan mengakibatkan pengurangan bonus kredit/ganjaran tunai sebanyak 10% daripada jumlah pengeluaran.
  12. Pelanggan yang mengeluarkan dana dan memasukkannya kembali ke akaun mereka tidak layak mendapat bonus kredit 10%.
  13. Pelanggan yang sering mendeposit dan mengeluarkan dana mungkin hilang kelayakan daripada menerima bonus mengikut budi bicara syarikat.
  14. Syarikat mengikut budi bicaranya boleh membatalkan penyertaan mana-mana peserta daripada layak menerima bonus kredit sekiranya didapati bahawa tindakan tersebut wajar dan/atau perlu.
  15. Promosi yang dikemaskini ini bermula pada 11 Jun 2017 dan masih berlangsung. Pelanggan akan dimaklumkan sebelum promosi ini berakhir dan sebarang baki kredit perdagangan akan ditarik balik.

Kelewatan Komunikasi

ICM tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan penerimaan atau penghantaran pesanan disebabkan kerosakan atau kegagalan kemudahan penghantaran atau komunikasi atau di atas sebab-sebab lain di luar kawalan atau jangkaan kami.

Ketidakpuasan Hati

Dalam kes-kes salah laku dalam perdagangan, leverage melampau, penyalahgunaan pesanan di mana "scalping" atau "sniping" atau "lindung nilai" mungkin terlibat, transaksi tersebut tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap sebagai aktiviti haram dan boleh dikeluarkan daripada akaun peserta. ICM berhak untuk membuang kelayakan mana-mana peserta atau membatalkan perdagangan yang didapati melanggar peraturan perdagangan atau menerapkan strategi perdagangan yang tidak sesuai. Scalping didefinisikan sebagai perdagangan yang dibuka dan ditutup dalam jangka masa yang sangat singkat. Sniping didefinisikan sebagai apabila pelanggan berdagang dengan harga tertunda atau "harga tersangkut" di platform ICM. Lindung nilai bermaksud pelanggan terlalu banyak mendedahkan akaunnya kepada perdagangan yang berlawanan dengan perdagangan yang ada dengan jumlah perdagangan yang sama dengan ICM atau syarikat lain untuk menyalahgunakan bonus kredit pada akaun tersebut. Dalam kes sedemikian, ICM berhak untuk membatalkan perdagangan, keuntungan atau kerugian dan menutup akaun.

Penangguhan atau Pembatalan

ICM mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk memperpanjangkan atau menangguhkan tempoh promosi, untuk membatalkan promosi dan/atau tidak menerima permohonan mana-mana peserta sekiranya ditentukan bahawa tindakan tersebut wajar dan/atau perlu. Bonus kredit akan dilucutkan dan dikeluarkan daripada akaun dalam keadaan berikut:

  • Akaun dibubarkan/dihentikan ATAU
  • Baki akaun menjadi negatif dan akaun tidak mempunyai kedudukan terbuka
  • Memindahkan dana antara akaun dan berdagang menggunakan bonus sahaja boleh mengakibatkan pembatalan bonus

Sekiranya ekuiti jatuh di bawah 0%, bonus kredit akan digunakan untuk menyesuaikan baki kepada sifar.

Terma Promosi

ICM berhak untuk mengubah atau mengabaikan mana-mana peraturan semasa dan selepas promosi ini. Kami mungkin akan membuat perubahan kepada Terma dan Syarat dan akan memaklumkan kepada anda mengenai perubahan ini dengan menyiarkan syarat yang diubah di laman web ICM.

CFD dan FX Spot adalah produk leverage. Berdagang CFD atau FX Spot membawa risiko yang tinggi terhadap modal anda dan boleh mengakibatkan kerugian melebihi nilai deposit anda. Anda tidak boleh terlibat dalam bentuk pelaburan ini melainkan anda memahami sifat urus niaga yang anda buat dan sejauh mana pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Untung dan rugi anda akan berbeza-beza mengikut sejauh mana turun naiknya harga pasaran yang mendasari perdagangan tersebut.

Sila klik di sini untuk terma dan syarat perdagangan penuh.

Syarat-syarat ini bertarikh 11 Jun 2017.

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp