Gambar Pelbagai Acara Oleh ICM.com

ICM Memberi Sumbangan kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

London, UK - Khamis, 13 Disember 2022: ICM.com, penyedia perkhidmatan kewangan global, meneruskan kerjasamanya dengan organisasi tidak berasaskan keuntungan, Sands End Associated Projects in Action (SEAPIA) yang berpangkalan di UK sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Dengan bermulanya musim sejuk, ICM menyumbang kepada organisasi tersebut dengan menyediakan makanan hangat untuk 70 kanak-kanak berumur 4-13 tahun sepanjang tempoh 3 minggu.

Sands End Adventure Playground (SEAPIA) telah diasaskan pada tahun 1970 di London oleh penduduk tempatan yang menyedari kepentingan mempunyai tempat untuk kanak-kanak bermain. Dalam tempoh setengah dekad yang lalu, SEAPIA telah menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak yang berasaskan permainan dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti dalam persekitaran positif yang membina.

Pada tahun 2020, ICM telah bekerjasama dengan SEAPIA bagi menyediakan alatan bagi mewujudkan persekitaran yang positif untuk kanak-kanak daripada 40 keluarga. Peralatan yang disediakan oleh ICM membantu kanak-kanak untuk berada di ruang yang selamat dan mengekspresikan kreativiti mereka secara bebas semasa cuti musim panas.

“Di ICM, kami percaya bahawa ukuran kejayaan sesebuah perniagaan lebih daripada sekadar keuntungan semata. Kami melihat tanggungjawab korporat sebagai kesedaran kendiri dengan matlamat akauntabiliti sosial dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Berkembang secara berterusan sebagai firma kewangan, kami mempunyai matlamat besar untuk tahun hadapan, yang diharapkan akan memberi impak positif kepada kehidupan kanak-kanak yang bertanggungjawab membentuk masa depan.” kata Shoaib Abedi, Pengasas, dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM.com

Julie Cavanagh, Pengurus di Sands End Adventure Playground, menyambung: "Bantuan ICM telah memberikan perubahan yang besar kepada kanak-kanak yang ditanggung oleh kami, dengan menyediakan hidangan panas pada penghujung hari, kami memastikan mereka tidak menghadapi masalah kekurangan makanan yang dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan keluarga mereka."

Sebagai salah satu daripada program jangkauan CSR, sebelum ini ICM.com telah bekerjasama dengan pelbagai yayasan amal di seluruh dunia termasuk China dan UAE untuk menangani isu kelaparan dan memperkukuh pendidikan. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam komuniti, ICM mempunyai inisiatif CSR lain yang diselaraskan untuk tahun akan datang bagi membantu memberi kesan positif kepada masyarakat dan persekitaran di sekelilingnya.

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp