Berita Pasaran

Saham Pertumbuhan Meningkat Setelah Pelabur Memilih Risiko Sementara Hasil Berhenti Menaik

Arkib Berita

2019 2020 2021

Ekuiti

Saham pertumbuhan A.S. meningkat dengan ketara semasa sesi semalam, dan prestasi yang kukuh berterusan setelah pasaran ditutup di mana saham teknologi Nasdaq dan S&P500 melonjak, mengatasi Dow Jones dengan ketara. Hasil 10 tahun A.S. berhenti menaik, memberi ruang untuk saham pertumbuhan meningkat. Ketiga-tiga penanda aras itu menamatkan suku pertama dengan positif. Namun akhir-akhir ini, putaran di antara saham pertumbuhan dan saham kitaran adalah permainan yang sebenar, ianya jelas dengan prestasi pada bulan Mac. Presiden Biden mengumumkan rancangan infrastrukturnya yang melebihi $2 trilion, namun para pelabur berasa bimbang untuk melabur disebabkan kenaikan cukai korporat kepada 28%. Peserta pasaran menantikan PMI Pembuatan ISM untuk bulan Mac pada lewat hari ini untuk mengetahui pandangan terkini mengenai sektor pembuatan. Niaga hadapan Nasdaq melonjak ke paras tertinggi dua minggu pada 13220, niaga hadapan S&P500 mencatat rekod 3982, sementara niaga hadapan Dow Jones Industrial merosot kepada 32840.

USD

Indeks dolar, yang mengukur dolar A.S. berbanding sekumpulan mata wang utama, terus stabil berhampiran 93.23 sementara pelabur menunggu data ekonomi. PMI Pembuatan ISM akan diterbitkan lewat hari ini, memberikan maklumat kepada pelabur mengenai pemulihan sektor ini, tetapi mereka akan mencari komponen harga dengan teliti. Selain itu, tuntutan pengangguran awal akan dilaporkan pada hari ini, dan laporan pekerjaan untuk bulan Mac pada esok hari, untuk memberikan kemas kini terbaru mengenai pasaran buruh. Pelabur berasa yakin terhadap laporan tersebut, terutamanya setelah perubahan pekerjaan nonfarm ADP meningkat sebanyak 517 ribu. USDJPY terus stabil berhampiran 110.72, EURUSD meningkat lebih tinggi kepada $1.1740, dan GBPUSD pulih kepada $1.3770.

Logam

Harga logam berharga meningkat tinggi setelah hasil Perbendaharaan menurun sedikit dari paras tertinggi sementara mereka. Harga auns emas pulih kepada $1720, harga auns perak meningkat kepada $24.48, dan paladium menaik lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut kepada $2628.

Minyak

Harga minyak terus diperdagangkan dalam julat yang rendah menunggu keputusan OPEC+ mengenai pengeluaran bekalan. Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri mengakhiri mesyuaratnya semalam tanpa mengeluarkan sebarang cadangan. Namun begitu, peserta pasaran mengharapkan pengeluar dapat menjaga disiplin pengeluaran bekalan, terutamanya setelah Eropah mengetatkan sempadan dengan langkah penutupan dan penyekatan yang akan mengganggu pemulihan permintaan minyak. Harga minyak mentah West Texas Intermediate pada bulan Mei meningkat kepada $60.50, dan kontrak Brent blend pada bulan Jun melonjak berhampiran $63.50.

Peristiwa Ekonomi Utama

GMT Country Event Expectation Previous

8:00

EZ

PMI Pembuatan (Mac)

62.4

57.9

8:30

UK

PMI Pembuatan (Mac)

57.9

55.1

12:30

A.S.

Tuntutan Pengangguran Awal

680

684

14:00

A.S.

PMI Pembuatan (Mac)

59.0

58.6

14:30

A.S.

PMI Pembuatan ISM (Mac)

61.3

60.8

 

 

CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
Baca selanjutnya
E-mel Hubungi Chat