Berita

ICM.com Dianugerahkan “Broker Forex Paling Dipercayai - Timur Tengah 2020”

28 September 2020

 

London, UK – Isnin, 28 September 2020: ICM.com dengan bangganya mengumumkan pencapaian dan pengiktirafan terbarunya sebagai Broker Forex Paling Dipercayai di Timur Tengah. Ini menambah kepada senarai dengan lebih daripada 20 anugerah yang diterima sepanjang tahun daripada sejumlah badan terhormat di seluruh dunia. ICM.com mendapat pengiktirafan kerana menunjukkan kadar pertumbuhan serantau, inovasi, integriti, dan sokongan pelanggan yang bertaraf tinggi.

Anugerah tersebut diberikan kepada ICM sebahagian daripada The Global Forex Awards 2020 - Retail, yang diadakan pada 24 September dan dianjurkan pada setiap tahun oleh Holiston Media. Proses pengundian berlangsung pada bulan Julai. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah undi yang diperoleh daripada individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam pasaran kewangan.

Dengan kegembiraannya semasa menerima anugerah tersebut, Shoaib Abedi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ICM berkata: "Dicalonkan dan seterusnya - memenangi anugerah Broker Forex Paling Dipercayai di Timur Tengah menunjukkan bukti usaha ICM yang berterusan dalam mengembangkan etika syarikat dalam kumpulan ICM sejak 11 tahun yang lalu."

ICM merancang untuk memperluaskan jangkauan pasarannya di Timur Tengah dan juga di seluruh dunia, memanfaatkan pengiktirafan secara meluas yang diterimanya untuk terus melabur dalam produk-produk baru dan instrumen penyelidikan pasaran yang berfokus kepada pelanggan. 

Anugerah Forex Global menghimpunkan bisnes/jenama forex yang berprestasi terbaik di peringkat global dan serantau serta memberi penghargaan kepada mereka kerana memperjuangkan teknologi yang canggih, perdagangan yang murah, alat penyelidikan pasaran yang menyeluruh, program pendidikan lanjutan, dan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia untuk perniagaan forex secara langsung kepada pengguna/pedagang.

Untuk lebih menekankan kepentingan dan kredibiliti The Global Forex Awards, Michael Boydell, Pengarah Holiston Media berkata, “Anugerah ini mengiktiraf dan memberi penghargaan yang terbaik di dalam pasaran forex runcit global. Dengan jumlah undian unik yang dikeluarkan oleh komuniti perdagangan forex awam global, kami telah menganjurkan anugerah paling berjaya sehingga kini. Anugerah Forex Global bertujuan untuk menonjolkan bisnes forex global dan serantau dengan prestasi yang terbaik, dan dengan itu kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah 2020. Mereka harus bangga dengan kejayaan mereka."

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai The Global Forex Awards 2020, lawati www.globalforexawards.com.

CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
Baca selanjutnya
E-mel Hubungi Chat