Top
 
Tanggungjawab Perdagangan: CFD dan Spot FX adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 73.80% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFO dengan pembekal ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD dan Spot FX berfungsi, dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kehilangan wang anda.

BONUS

Hanya Untuk Pelanggan "ICM VC" sahaja

BAGI SETIAP
DEPOSIT BARU*

 

10% BONUS DEPOSIT

 

Terma dan Syarat

 

 

Bonus 10% "Kredit kepada Tunai" Berterusan

 

Promo ini tidak tersedia kepada pelanggan ICM UK dan ICM Europe. Promo ini hanya tersedia untuk pelanggan yang membuka akaun live dengan ICM Capital Limited (Saint Vincent). Promo ini hanya tersedia pada platform MT4 sahaja.

Untuk menyertai Promosi Ganjaran Bonus 10% "Kredit ke Tunai" Berterusan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini serta terma umum yang digunakan untuk akaun anda.

DEPOSIT
10% BONUS KREDIT
LOT UNTUK DIDAGANGKAN
GANJARAN TUNAI
1,000 USD
100 USD
20
100 USD
2,000 USD
200 USD
40
200 USD
3,000 USD
300 USD
60
300 USD
4,000 USD
400 USD
80
400 USD
5,000 USD
500 USD
100
500 USD
10,000 USD
1,000 USD
200
1,000 USD
Above 10,000 USD
1,000 USD
200
1,000 USD

Formula: Bonus kredit / 5 = lot untuk didagangkan

  1. Bonus kredit 10% akan dikeluarkan pada setiap deposit baru melebihi 1,000 USD.
  2. Bonus kredit 10% akan didepositkan ke dalam akaun live pelanggan dalam masa 2 hari bekerja selepas deposit sebenar pelanggan.
  3. Bonus kredit 10% adalah untuk tujuan perdagangan sahaja sehingga jumlah lot ditetapkan telah didagangkan; selepas itu bonus kredit boleh ditukar menjadi tunai.
  4. Bagi setiap deposit baru di atas 1,000 USD yang dibuat, bonus baru boleh diterima selagi jumlah bonus tidak melebihi 1000 USD bonus setiap akaun.
  5. Pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaun mereka tetapi ini boleh menyebabkan pengurangan bonus kredit sebanyak 10% daripada jumlah pengeluaran.
  6. Sekiranya deposit pelanggan melebihi 10,000 USD maka mereka akan dapat mengekalkan bonus 1,000 USD selagi lebih dari 10,000 USD dikekalkan dalam akaun. Contoh: Deposit pelanggan 10,000 USD dan menerima bonus 1,000 USD, mereka kemudian mendepositkan lagi 5,000 USD ke akaun yang sama (mereka tidak menerima apa-apa kerana bonus maksimum yang mereka terima dalam satu akaun ialah 1,000 USD). Pelanggan kemudian menarik balik 5,000 USD; mereka menyimpan bonus 1,000 USD kerana ini berkorelasi dengan deposit 10,000 USD yang asal.
  7. Bonus akan ditukarkan kepada tunai sebaik jumlah lot yang diperlukan mengikut formula berikut "Bonus kredit / 5 = lot untuk didagangkan", telah didagangkan.
  8. Maksimum 1,000 USD tunai boleh dikeluarkan bagi setiap akaun setiap kali jumlah lot tetap telah dicapai.
  9. Lot yang diperdagangkan akan dikira pada setiap akhir bulan. Sebarang ganjaran tunai yang berkaitan akan didepositkan ke akaun live pelanggan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas akhir bulan.
  10. Mana-mana dagangan yang ditutup dalam masa kurang dari 7 minit atau ditutup oleh fungsi "close by" atau "close all" akan dikecualikan daripada pengiraan Volum.
  11. Jika pelanggan berdagang bilangan lot yang diperlukan untuk menukar bonus kreditnya kepada ganjaran tunai, tetapi klien menarik balik dana dari akaun mereka sebelum deposit sebenar ganjaran tunai masuk ke dalam akaun mereka, ini akan mengakibatkan bonus kredit/pengurangan ganjaran tunai 10% daripada jumlah pengeluaran.
  12. Pelanggan yang mengeluarkan dana dan mendepositkannya semula ke dalam akaun mereka tidak layak mendapat bonus kredit sebanyak 10%.
  13. Pelanggan yang mendeposit dan mengeluarkan dana dengan kerap mungkin hilang kelayakan daripada mendapat bonus berdasarkan budi bicara pihak syarikat.
  14. Pihak syarikat mungkin mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan mana-mana peserta daripada layak mendapat bonus kredit jika mendapati bahawa tindakan sedemikian adalah munasabah dan/atau perlu.
  15. Promosi yang disemak ini bermula pada 11 Jun 2017 dan sedang berjalan. Pelanggan akan dimaklumkan sebelum promosi ini berakhir dan sebarang kredit dagangan yang tinggal ditarik balik.

 

 

Kelewatan Komunikasi

 

ICM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam penerimaan atau penghantaran pesanan disebabkan oleh kerosakan atau kegagalan kemudahan transmisi atau komunikasi, atau untuk sebarang sebab lain di luar kawalan atau jangkaan yang munasabahnya.

 

 

Penolakkan

 

Untuk kes-kes sebarang tindakan melampau dalam perdagangan, berlebihan hutang, penyalahgunaan pesanan di mana "scalping" atau "sniping" atau "lindung nilai" mungkin terlibat, urus niaga tersebut tidak akan diambil kira dan akan dianggap sebagai aktiviti haram dan mungkin dikeluarkan dari akaun peserta. ICM berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta atau membatalkan dagangan yang didapati melanggar peraturan dagangan atau menggunakan strategi perdagangan yang tidak sesuai. Scalping ditakrif sebagai perdagangan yang dibuka dan ditutup dalam tempoh yang sangat singkat. Sniping ditakrifkan sebagai apabila pelanggan berdagang dengan tertangguh atau "Stuck prices" pada platform ICM. Lindung nilai (hedging)bermaksud pelanggan terlampau mendedahkan akaunnya dengan perdagangan yang bertentangan dengan perdagangan sedia ada dengan volum dagangan yang sama dengan ICM atau syarikat luaran lain untuk menyalahgunakan bonus kredit pada akaun tersebut. Dalam kes sedemikian ICM berhak untuk membatalkan perdagangan, keuntungan atau kerugian dan melumpuhkan akaun.

 

 

Penangguhan atau Pembatalan

 

ICM mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk melanjutkan atau menangguhkan tempoh promosi, untuk membatalkan promosi dan/atau menolak permohonan mana-mana peserta jika mendapati bahawa tindakan sedemikian adalah munasabah dan/atau perlu.

Bonus kredit akan dilucuthakkan dan dikeluarkan dari akaun di bawah keadaan berikut:

  • Akaun dicairkan/dihentikan ATAU
  • Baki akaun menjadi negatif dan akaun tidak mempunyai kedudukan terbuka

Jika ekuiti jatuh di bawah 0% bonus kredit akan digunakan untuk menyesuaikan baki kepada sifar.

 

 

Terma Promosi

 

ICM berhak untuk meminda atau mengetepikan sebarang peraturan semasa dan selepas promosi ini. Kami mungkin membuat perubahan kepada Terma dan Syarat dan akan memaklumkan anda tentang perubahan ini dengan menyiarkan istilah diubahsuai di laman web ICM.

CFDs dan Spot FX adalah produk leverage. Dagangan CFD atau Spot FX membawa risiko tinggi kepada modal anda dan boleh menyebabkan kerugian yang melebihi deposit anda. Anda tidak seharusnya terlibat dalam bentuk pelaburan ini melainkan anda memahami jenis urus niaga yang anda masuk dan tahap sebenar pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Keuntungan dan kerugian anda akan berbeza-beza mengikut tahap turun naik harga pasaran asas di mana dagangan itu berasaskan.

Sila klik di sini untuk terma dan syarat dagangan penuh.

Terma ini bertarikh 11 Jun 2017.

PERADUAN

Akan datang ...